Thursday 31 March 2016

Binatang tertua DIDUNIA


St  Helena, sebuah pulau terpencil di Atlantik Selatan menjadi tempat tinggal binatang tertua di dunia, yaitu seekor penyu besar dari Seychelles bernama Jonathan. Penyu ini lahir tahun 1832. Pada  saat ini penyu itu berusia 183 tahun.
Berdasarkan cerita yang ditulis di surat khabar Inggris, The Daily Mail tahun 2008 , Jonathan diangkut ke St Helena bersama dua penyu raksasa lainnya tahun 1882. Sebuah foto yang diambil tahun 1900, menunjukkan salah satu dari 200 tahanan Perang Boer yang ditampung di St Helena, berdiri  di samping seekor penyu raksasa. Penyu raksasa itu kemudian diketahui bernama Jonathan. Reptil raksasa itu diberi nama sekitar tahun 1930-an oleh pemerintahan kepulauan itu. Sampai saat ini penyu itu hidup di halaman kediaman resmi sang gubernur, Plantation House. Pertama kali ditemukan oleh Portugis tahun 1502, St Helena menjadi koloni Inggris tahun 1657.Seperti juga Bermuda, St Helena merupakan teritorial tertua di luar perairan Inggris. Napoleon Bonaparte, Kaisar Perancis yang pada tahun 1815 dibuang ke pulau terkecill ini, menghabiskan masa hidupnya selama enam tahun di St Helena.Foto Jonathan tersebut dimiliki oleh seorang pria bernama L A Innes. Akhirnya foto tersebut dilelong seharga 4.000 pounds sterling


Sumber : Geo Week.

Wednesday 30 March 2016

AKU MENANTI PERTUNJUK DARI ISTIKHARAH..

Bersaksi cinta diatas cinta...
Dalam alunan tasbih ku ini..
Menerka hati yang tersembunyi...
Berteman dimalam sunyi penuh do'a..

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


diistikharah cinta..

SIGMA

Siapakah yang selama ini aku mencari.....dan siapakah yang mencari aku untuk bersama aku satukan tulang rusuk kanan ku......

Tuesday 29 March 2016

Cara Ketawa Bila Time Menulis Malaysia Punya Memang Huhu Tengok Sendiri Terbaru Cia Cia Pulakkk Aduhai

sekadar gambar hiasan

1.ORANG AMERIKA-HAHAHAHA
(Jika dilihat orang Amerika hampir sama lah dengan orang malaysia ketika lagi ketawa.)

2.ORANG BRAZIL-RSRSRS
( Hampir sama lah cuma, vokalnya lebih bervariasi daripada konson.)

3.ORANG DENMARK-HAE HAE HAE 
(Tertawanya orang Denmark hampir mirip dengan orang Sepanyol )

4.ORANG YUNANI-XAXAXA 
(Orang Yunani ketawanya juga mirip dengan Denmark )

5.ORANG ISLANDIA-HIHI 
(Penulisan ketawanya orang Islandia lebih halus dan malu-malu begitu.)

6.ORANG ITALI-AH AH AH 
(ketawa orang itali ini penuh denagan makna )

7.ORANG JEPUN-WWW WWW 
(Kata “www” adalah singkatan dari WARA yang mempunyai arti ketawa )

8.KOREA-KKK KKK 
( kkk yang membawa maksud keu keu keu adalah perkataan yang membawa ketawa )

9.NIGERIA-LWKMD LWKMD 
(tah yang ni tak tahu kenapa dia ketawa macam tu )

10.PERANCISS-MDR MDR 
(mort de rire yang membawa perkataan ketawa )

11.SEPANYOL-JA JA JA 
(Orang  sepanyol meyebut huruf H adalh J ..sepatutunya bunyinya hahaha)

12.THAILAND-5555 
(Ketawanya orang Thailand bukan lima, lima, lima ye..5555 itu singkatan dari hahahaha)


13.MALAYSIA
( Hahahhaha,kahkah,huhu,hihihi..dan terbaru sekali cia cia cia )

BAKAL AYAH MERTUA..100k ke..atau Senaskah Alquran???





Kisah ini adalah kisah benar  cerita dari  seorang rakan yang saya ingin kongsikan …,ada suatu masa dia diuji dengan diberi pilihan diantara dunia dan akhirat…..pekara dunia dan akhirat yang diberi pilihan adalah….DIANTARA RM 100RIBU DAN SENASKAH ALQURAN…,yang mana satu pilihan yang perlu dia buat,,soalnya pilihan ini datang dari keluarga bakal mertua dia yang menyuruh dia membuat pilihan…sama ada dia nak pilih duit semata mata didunia..ataupun pilih alquran yang jelas membawa banyak kebaikan mahupun didunia ataupun diakhirat…hati mana yang boleh tahan bila lihat duit sebegitu untuk dia ambil dan simpan dalam poket..tapi dalam masa yang sama dia pun tahu tuntutan agama tentang alquran…,dia minta tempoh masa untuk dia pikirkan agar apa pilihan yang akan dia  buat itu katanya pada bakal keluarga mertua …lantas itu keluarga bakal mertua dia setuju dan beri masa tiga hari….,pulanglah si kawan sya itu dirumah…,2 hari berlalu ..hatinya gusar sambil memikirkan apa sebenarnya yang dia sedang diuji oleh keluarga bakal mertua dia itu……..malam itu dia tidur..sebelum dia tidur dia amik wudhu…dan terus berlalu tidur..,dia bermimpi  …ada seorang lelaki katanya muka macam aku hahahah…gelak jela dengar,lelaki itu kata jawapan itu ada pada aku….,terus lelaki itu hilang…,esok nya dia cerita kat aku apa mimpi dia dengan harapan aku dapat memberi jawapan seperti kata lelaki yg menyerupai aku….dia Tanya…aku pun ,hahhhhhhhhhh….nak ckp apa ni ye,tah mcm mna datang satu idea….hahh oklah kau pilih duit je…,dia Tanya kenapa?kauuu pilih duit…kau dapat beli apa saja dengan duit tu…kau dapat duit..bukan saja senaskah alquran.tapi “masjid untuk diri kau”  pun kau boleh bangunkan..dan bernaskah naskah alquran kau boleh beli ..terdiam kawan aku tu bila aku cakap mcm tu….sekali gus dia faham apa sebenarnya  ttg pekara yang diuji bakal keluarga mertua dia itu….hari yang ditunggu dah pun tiba….dia pun jumpa dengan bakal keluarga mertua dia itu..seperti mananya sebelum ini…didepan dia ada duit 100k dan senaskah alquran……,bila di suruh buat pilihan,kawan aku terus amik 100k itu dan masuk dalam poket…,terbangun bakal isteri dia melihat pekara itu..,bakal bapa mertua hanya tunduk………….,tapi kawan aku pegang tangan orang tua itu,dikatanya…ayah….,senaskah alquran hanyalah itu senaskah,aku baca aku dalami hanya untuk aku seorang…kalaulah aku dapat pahala..aku dan ayah yang memberi  sja yang akan rasa pahala itu…tapi ayah,jika aku ambil 100 ribu ini….aku bukan saja mampu memiliki senaskah alquran..aku juga mampu memiliki banyak alquran dan aku boleh sedekahkan pada yang memerlukan..pahala itu bukan saja dari aku…tapi setiap orang yang membaca yang gunakan ilmu dari  alquran yang aku sedekahkan …pahala itu akan juga kita dpat merasa…jika ilmu itu diturunkan …kita juga masih dapat pahala…..,ayah juga dapat pahala…dengan ini juga aku perolehi duit untuk aku bangunkan masjid aku…terima kasih ayah,bakal mertua dia itu…tercengang dengan  penjelasan dari bakal menantu dia itu….,dan ayahnya berkata..wahai anakku…terima kasih pada kamu…kerana kamu da sedarkan aku ttg pekara ini…betul kata kamu..,dan aku ikhlaskan halalkan duit 100ribu ini untuk kamu…..,waaaaaaaaaaaaaa power tuuu kawan aku,hahahah ,,bakal isteri dia pun ckp..ehh bijakk abang ni kan….heheheheh..cehh aku punya idea hahahha,takpelah,,,janji kawan aku tu bahagia…aku je tak kawin2 lagi…tah lahhh sedihnya waaaaaaaaaaa hahahahaha.



Monday 28 March 2016

SUBUH ESOK..PLANNET MARIKH MUNCUL SETELAH 2 TAHUN DULU

Menjelang Subuh esok best...

Sebab apa.. Bulan berada hampir dengan "ada satu benda terang warna merah"...
"benda" tu ialah planet Marikh!
Yes, setelah hampir 2 tahun berlalu apabila kali terakhir Bumi menghampiri Marikh, tahun ni kita dapat dapat 'kejar' dia kembali!
Marikh ni planet yang kecik, bila dia jauh ... dalam teleskop nampak kicik dan kurang menarik.. dan tak terang pulak tu...
Tapi... bila kedudukan Bumi dan Marikh dekat, dia akan jadi terang benderang. Malah boleh kalah Musytari tu!
Marikh kini menuju ke posisi istiqbal (berlawanan arah dengan matahari) pada bulan Mei 2016 nanti!
Tak lama dah tu.
So, sekarang ni masa yang best cuba jenguk-jenguk sikit Marikh tu menggunakan teleskop. Jika bernasib baik, kita boleh dah start nampak beberapa tompokan hitam dan putih di permukaannya tu.
Nanti kita sembang dalam artikel FO.
Buat sementara ni, jom cuba cari Marikh di langit, berpandukan Bulan!
Dan...jangan lupa sebelah kiri dari kedudukan Bulan tu, planet Zuhal pun ada! Jangan lak lupa kat member kita ni...cian kat dia...huhuhu

JOMMMM tengokkkkk

sumber : falak

inilah yang terakhir untukmu ayah..untukmu ibu

Sekadar gambar hiasan

Pesan utk anak2 terutamanya anak2 lelaki. Bila mak ayah kita mati, terjun la turun dalam liang sambut mayat dia, bukak papan keranda tudung tu angkat sebentar mayat mak ayah kita tu. Biar kita yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat. Biar kita!!! Bukan orang lain. Jangan kita tengok je. Allahhurabi.. "Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak aku tengok mak". Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu.. Biar kita! Pegang pelahan2 badan mak kita tu, pusing dia elok2, ambik ggumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu. "Mak last mak hari ni mak.. Lepas dari ni aku tak tengok mak dah". Terlintas dalam hati dalam kita dok pegang mak kita tu.. Ingat sejak kita lahir, tangan mak ni yang suap dimulut kita. Ingat hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah kita dia la orangnya yang tak pernah tolak pun. Walau anak jahat mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang pun kita. Takkan hari mak ayah kita mati, kita tak boleh terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia, mengadap ke kiblat. Kalau kita ada tiga empat beradik, empat2 beradik terjun dalam. "Abang pegang belakang bang". Jangan kita dok harap dekat orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu. Kita tak boleh baca talkin, kita naik atas, kita duduk sekejap. Dengar talkin yang terakhir untuk mak kita tu. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu. Tengok macam mana ni last dah hari ni. Tak ada benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa. "Ya Allah, aku angkat tangan ya Allah.. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah.. Dia yang beranakkan aku.. Ya Allah hari ni aku tinggal dia Ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka Ya Allah.. Aku tadah tangan Ya Allah.. Aku mintak sangat2 kau ampunkan dosa mak aku, tolong Ya Allah kesian mak aku Ya Allah.. Aku ni hasil didikan dari dia. Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa2 dia Ya Allah". Kawan2, kalau dosa mak sebegitu kita doa dengan Allah Taala, beruntung mak kita. InsyaAllah Allah tak tolak doa ikhlas datang dari sorang anak. Sebab tu pesanan pd kita selagi kita ada mak kita yang masih hidup.. Kawan2, buat jasa la.. Buat jasa... Pada sahabat yg dah tiada ibu atau bapa, mari kita sama sedekahkan al-fatihah buat mereka. Bagi sahabat yang lain, kita akan merasa apa yg rakan kita rasa.

PUNCA sebenar BRUCE LEE MATI !!!

                                 KEKALAHAN BRUCE LEE DENGAN SILAT MELAYU

(Sebuah cerita hakikat sebenarnya)

Bercerita mengenai seni mempertahankan diri sudah pasti ramai yang mengenali dengan nama tersohor dalam seni mempertahankan diri iaitu Bruce Lee. Bruce Lee menjadi terkenal dan tersohor di seluruh dunia dalam ilmu mempertahankan diri apabila mula berlakon dalam filem-filem.

Disaat namanya semakin terkenal, Bruce Lee telah meninggal dunia. Berita mengenai kematian Bruce Lee sangat mengejutkan dunia.

Jika kita lihat di internet, terlalu banyak cerita tentang punca kematian Bruce Lee. Jika fakta itu diperolehi dari Nusantara, selalunya cerita itu akan berkisar kekalahan Bruce Lee dengan Silat Gayong, tetapi jika fakta itu dari benua selain Nusantara dan Asia, ianya lebih kepada fakta tentang Bruce Lee dibunuh oleh isterinya sendiri. Ada juga yang mengatakan kematian Bruce Lee disebabkan beliau mengambil dadah secara berlebihan dan juga kerana sakit yang beliau alami kerana latihan fizikal yang berat serta berterusan.

Namun dalam artikel ini lebih menjurus kepada fakta yang diperolehi dari versi-versi Nusantara yang disampaikan kebanyakkannya dari ahli pesilat Gayong sendiri. Walaupun ianya mempunyai banyak versi namun jalan ceritanya tetap sama. Fakta ini tidak mempunyai sebarang pembuktian secara rasmi tetapi ianya tetap segar di setiap ingatan ahli Silat Gayong sedunia.

1. Bruce Lee bukan mati disebabkan Dicky Dzulkarnaen (pelakon Indonesia) tetapi disebabkan Mahaguru Almarhum Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR).

2. Tahun 1973 Bruce Lee menemui Dato Meor Abdul Rahman untuk mengajak anak gayong berlakon di dalam filem terbarunya. Dato Meor Abdul Rahman menolak kerana semestinya gayong akan ditewaskan oleh kungfu (Jeet Kune Do) di dalam filem tersebut dan ini boleh menjatuhkan nama baik dan maruah Silat Gayong.

3. Tapi Bruce Lee agak angkuh kerana ingin melihat gaya dan langkah gayong dari Dato Meor Abdul Rahman. Beliau menolak pelawaan Bruce Lee sebanyak 2 kali dan kali ke-3 dipelawa Dato Meor Abdul Rahman akhirnya terus terima tetapi bersyarat iaitu mestilah dilakukan di tempat yang tertutup. (Dah macam dalam Movie Ip Man)

4. Bruce Lee banyak menggunakan kaki semasa membuat serangan ke atas Dato Meor Abdul Rahman namun dengan mudah dielak. Dato Meor Abdul Rahman membuat satu pukulan iaitu ‘kipas senandung dalam senandung’ di rusuk Bruce Lee. Pukulan itu menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur.

5. Dato Meor Abdul Rahman memberikan Bruce Lee air penawar yang dibacakan doa untuk merawat kesan pukulan tersebut.

6. Selepas pulih dalam beberapa tempoh, Bruce Lee berhasrat untuk mencuba kehebatan seni mempertahankan dirinya terhadap silat. Dia pergi ke Indonesia untuk mencari Dicky Dzulkarnaen yang dikhabarkan juga cukup handal dalam silat.

7. Berita kekalahan Bruce Lee memang sudah diketahui oleh ramai mahuguru pertahankan diri termasuk Dzulkarnaen sendiri.

8. Bruce Lee sekali lagi dikalahkan apabila Dicky Dzulkarnaen menumbuk tapak kaki Bruce Lee. Tetapi kali ini tiada sebarang air penawar diberikan.

9. Dipercayai, kesan dari tumbukan itu menjadikan Bruce bertambah parah ditambah dengan kesan pukulan oleh Dato Meor Abdul Rahman sebelum ini.

10. Menurut anak muridnya (Daniel Inosanto) yang juga menyambung legasi Bruce Lee dalam mengajar Jeet Kune Do, Bruce Lee dilihat banyak membaca tentang ilmu Pencak Silat sebelum kematiannya.

11. Daniel Inosanto juga telah memasukkan seni silat dalam seni mempertahankan diri untuk diajarkan kepada anak muridnya.

Semua cerita tentang kekalahan ini tidak disebarluaskan kepada dunia kerana ingin menjaga nama baik Bruce Lee dan demi menjaga keharmonian antara pengamal seni mempertahankan diri seluruh dunia. Bagi saya sendiri, setiap seni mempertahankan diri mempunyai kelebihan masing-masing. Tidak perlu menunjukkan siapa kuat siapa lemah.


Saya juga melihat, sesetengah pengamal persilatan tidak mahu perkara ini dihebahkan kerana dalam diri mereka itu tidak mahu timbul sebarang sifat angkuh.

KREDIT: CHEGU ROSMAN (RPAD-KL)

Sunday 27 March 2016

Disangka Demam Biasa..Rupanya Maut Menanti

Demam boleh disebabkan oleh banyak faktor ,Tetapi ada beberapa jenis demam yang mampu membawa maut jika tidak ditangani dengan baik. Ramai orang hanya bersangka demam itu akan boleh baik dalam masa beberapa hari…,walhal ramai maut kerana demam. Sekarang ini kematian kerana demam jarang terjadi tetapi itu bukan bermaksud ia tidak akan berlaku…berikut adalah bebrapa demam yang boleh membawa MAUTT !!!

1. DEMAM VIRUS
-Demam yang terjadi kerana jangkitan virus. Jenis demam ini biasanya terjadi selama sembilan hari. Jenis demam ini juga disertai dengan jangkitan pada tekak.

2. DEMAM DENGGI BERDARAH
 - Jenis demam ini mampu membawa maut. Ia berlaku kerana gigitan nyamuk yang disertai dengan rasa sakit sendi pada tubuh. Penderitanya akan mengalami demam yang sangat tinggi dan menggigil. Dalam keadaan parah, demam berdarah dapat menyebabkan pendarahan dalaman. Peratusan penghidap demam ini adalah lebih kepada membawa MAUT.

3. MALARIA
- Malaria dalah jenis demam yang disebabkan gigitan nyamuk. Demam tinggi dengan menggigil merupakan gejala khas dari malaria. Hal ini dapat mengancam jiwa hingga menjadi ganas atau mempengaruhi otak.,keadaan si pesakit akan menjadi lebih tertekan  disaat menghidapi demam ini.

4. CHICKEN GUINEA
- Demam ini sebenarnya tidak ada hubungannya dengan ayam. Ia juga merupakan infeksi virus yang dibawa oleh nyamuk.peratusan peghidap demam ini kurang membawa maut jika dibandingkan dengan malaria dan demam denggi berdarah tetapi memiliki gejala yang hampir sama.

5. TIFOID
- Tifoid adalah demam yang terjadi kerana jangkitan perut. Jika anda makan makanan atau air yang telah dijangkiti oleh bakteria tifoid anda akan mengalami demam tinggi yang disertai dengan sakit kepala dan cirit-birit parah dan juga kemungkinan berlakunya gejala muntah muntah.

6. MENINGITIS
- Meningitis adalah jenis radang otak yang mempengaruhi jaringan lunak dari sistem otak dan saraf. Demam ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan sering disertai dengan kejang dan sakit kepala.anggita badan akan merasa lenguh2 dan kemungkinan akan meyebabkan kehilangan tenaga yang parah.

7. HIV
- Salah satu tanda awal dari jangkitan HIV adalah demam ringan tetapi terus-menerus. Keadaan ini boleh diatasi dengan mengambil ubat walaupun ia akan kembali semula. Jika anda mengalami demam ringan selama lebih seminggu, anda perlu membuat pemeriksaan HIV. Pemeriksaan ini perlu jika anda pernah terlibat dalam pengambilan narkotik dan pengamalan seks bebas.

8. JANGKITAN SALURAN KENCING

- Kadang - kadang, jangkitan saluran kencing akan menyebabkan anda mengalami demam. Ia bukan demam tinggi tetapi akan disertai dengan sakit di bahagian bawah perut dan rasa panas ketika membuang air kecil..

Friday 25 March 2016

MISTERI TOMPOK PUTIH DI ANGKASA

Masih ingatkah kita dengan tompok-tompok putih misteri di permukaan Ceres?
Baru-baru ni, foto paling jelas telah diperolehi menerusi kapal angkasa DAWN... dan apa yang depa nampak tu.... masih misteri!
Tompok putih tu bukan sekadar satu tompokan biasa-biasa je... rupanya bila kita tengok dalam gambar tu... macam ada 'kubah' di bahagian tengah-tengah kawasan putih tu... dan kubah tu pun berselirat dengan jalur-jalur tah mende tah....
Pelik banget!
Ahli pengkaji ingatkan... lagi dekat kita dengan bende tu , maka akan terungkailah segala misteri..rupa-rupanya bertambah lagi misteri!
Salah satu teori terkini mengatakan kesan putih itu mungkin bekas hemburan cecair bergaram dari bawah permukaan Ceres ni. Jika betul, maknanya planet kerdil ni tak de la se-boring yang disangka. Mungkin banyak lagi perubahan geologi pernah dan 'sedang' berlaku!

Foto ni dirakam pada jarak 385km daripada permukaan Ceres.

KREDIT: falak

Thursday 24 March 2016

Cinta Si Wedding Planner (mira filzah) Dilamar cinta dengan peminat

sekadar hiasan
PELAKON baharu Mira Filzah yang mendapat perhatian dikalangan peminat seni tanah air kerana bakat serta kecantikannya mengaku ada pem
inat sanggup menghantar resume untuk meminangnya.
Menurut Mira, ada kalangan peminatnya di laman sosial Instagram cuba memikatnya dan ingin meminangnya secara serius.
 "Ada yang cuba mengurat. Dalam emel pun ada.
 "Sehinggakan ada yang betul nak meminang secara serius dan memberikan resume tunjukkan dia kerja apa. Namun semua saya anggap perkara biasa mungkin kerana dikenali," katanya dipetik portal Roti Kaya.
Tambah wanita berusia 23 tahun ini lagi, dia tidak mempunyai masa untuk bercinta kerana sibuk serta mahu fokus dengan kerjayanya itu.
 Mira Filzah yang mula popular selepas membintangi drama Cinta Si Wedding Planner bersama pelakon Adi Putra turut tercalon sebagai finalis bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular.

sumber:sinar harian

Politik malaysia semakin jahat

Aku singah disebuah kedai makan ..dan aku oder makanan..,Suka tengok..perniagaan kedai makan yg diusahakan oleh org islam ..juga dikunjungi oleh orang bukan islam...ramai pulak tu.kita hormat mereka..mereka pun hormat kita.ini lah yg kita mahu...,tpi ada sebilangan dari kita sendiri yg kadang2 bertindak tak pakai otak. yang sebenarnya politik ini yg memecahkan kita,tengok jela skrg..macam2 berlaku..dalam politik ada duri yg berjalan dalam daging.,politik sekarang bukan politik yang baik..politik sekarang seperti memecahkan kaum..,yang sana burukan situ..yang situ burukan sini,saling menuding jari..., sebab tu saya cukup benci dengan pollitik sekarang ni,kita dipermainkan oleh pemimpin yang MEREBUT KUASA ..rakyat yang tak bijak pulak hanya mengikut seperti ekor yang terlekat kat punggung,

KHAWIN bukan senang !!! ( LEPAS BERAK TAK RETI FLUSHH )

Pesanan buat yang belum kahwin..

kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta walaupun  10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.


Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup....

Wednesday 23 March 2016

KEANGGUNGAN BANGSA JOHOR !!


 Hari ini negeri johor cuti sempena hari keputeraan sultan johor yang disayangi rakyat..,sultan yang banyak memberi impak kejayaan pada negeri johor dan bangsa johor..,siapakah bangsa johor? bangsa johor adalah bangsa yang terdiri dari pelbagai kaum di negeri johor..diantaranya adalah sperti kaum melayu,cina,india,kaum asli,dan lain2 kaum yang bersama sama di negeri johor ini.sultan yang dikasihi sering kali meperingatkan bahawa kita semua adalah bangsa johor perlu lah hidup aman makmur sentosa bersama2 di negeri ini,baginda amat mementingkan kestabilan rakyat dalam hidup bersama sama di negeri johor ini.sehinggakan sultan pernah bertitah bahawa sesiapa yang ada sifat perkauman ...sila keluar dari negeri johor!!! ,negeri johor adalah negeri yang pesat membangun...ekonomi yang bagus disamping kehidupan rakyat yang bersama sama memacu kejayaan di negeri johor ni,bangsa johor takkan mengancau kalau tak dikacau.bangsa johor baik baik semuanya...,datanglah ke negeri johor.bola?? ye disini juga lahirnya sebuah pasukan yang begelar juara asia.



P/S:Sempena hari keputeraan sultan johor,sultan telah kurniakan RM500JUTA untuk program rumah mampu milik johor...alhamdulilah...

Tuesday 22 March 2016

Kita tak boleh halang orang daripada pergi dari hidup kita..


"Kita tak boleh halang orang daripada pergi dari hidup kita. Yang kita boleh lakukan, adalah menghargai mereka sebaik mungkin ketika mereka masih berada di sisi. Dan sesudah mereka pergi, tugas kita bukan untuk menyesali apa yang dah jadi, bukan untuk menyalahkan, bukan untuk tertinggal di masa lalu sebaliknya teruskan hidup juga dan bina perasaan lain dengan manusia lain."
"Ada yang ada dalam tangan kita, ada yang tidak. Semua tu bersebab, kan? Ada perkara yang kekal pada kita, ada perkara yang tak. Dan yang tak kekal tu, mungkin, sebab tak baik untuk kita."
"Tak semua perkara yang kita ingat kita layak terima, kita boleh terima. Ada sebabnya kenapa kita tak dapat apa yang kita ingat kita layak dapat. Dan apabila perkara itu berlaku, apabila kita tak dapat apa yang kita impikan, kita kena fikir sebab dan hikmah di sebalik apa yang berlaku bukannya menyalahkan sesiapa, bukannya menyalahkan takdir."


CINTA SELEPAS NIKAH

Monday 21 March 2016

KIAMAT makin hampir bila selalu AL HARJU !!!

                                           MEREBAKNYA "AL HARJU" - PEMBUNUHAN

Gambar sekadar hiasan

Semakin dekat dengan hari kiamat, dunia akan semakin banyak fitnah.
Salah satu fitnah yang disebutkan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah "Al Harju". Demikianlah yang terjadi pada zaman sekarang, nyawa manusia dianggap tidak berharga lagi, ramai orang yang tidak bersalah menjadi mangsa pembunuhan.Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda ;“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga terjadi harta yang melimpah, beragam fitnah muncul dan Al Harju merebak.”Mereka berkata, “Apa yang dimaksud dengan Al Harju wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Pembunuhan. Pembunuhan. Pembunuhan.” Tiga kali.
- Hadith Riwayat Ibnu Majah -
Dalam hadis lain, sebahagian kaum bertanya, “Ya Rasulullah, apakah pada hari itu kami masih mempunyai akal?”
Maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab,
“Tidak, bahkan akan dicabut akal kebanyakan orang pada zaman-zaman itu, kemudian yang ada adalah manusia yang seperti debu bertebaran ditiup angin dalam keadaan tidak mempunyai akal.”


- Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Imam Ahmad -

Sunday 20 March 2016

video budak comel tiupp lampu handfon...hahh fuhhhhhh happpp fuhhhhhh

video budak comel tiupp lampu handfon...hahh fuhhhhhh happpp fuhhhhhh

TURKI BERDARAH !!!

gambar sekada hiasan

Ramai juga yang tertanya siapakah dalang kepada letupan berani mati yang seringkali dilakukan di Turki. Nama-nama organisasi seperti PKK, YPG, PYD dan ISIS sering dikaitan sebagai dalang kepada operasi jahat ini. Ramai yang mengatakan Turki akan menjadi tidak aman sepertimana Negara-negara lain yang berhampiran dengannya seperti Syria, Iraq dan Mesir.
Namun ini kami katakana bahawa situasi di Turki adalah berbeza dengan Negara-negara arab yang lain. Apa yang terjadi di Turki bukanlah kerana Revolusi atau ketidakpuasan hati rakyat Turki namun apa yang terjadi sekarang di Turki adalah kerana perasaan hasad dengki dan juga campur tangan kuasa luar yang tidak mahu Turki terus berada dalam keadaan aman dan bergerak lebih maju kehadapan.
Namun sebelum kita berbicara lebih mengenai situasi semasa, kita perlu melihat kepada sejarah dan asal usul punca mengapa perkara ini terjadi dan bagaimanakah permusuhan dan perselisihan antara golongan berhaluan kiri ini bermula di Turki. Situasi yang berlaku pada hari ini bertitik tolak apabila Penubuhan Republik Turki pada tahun 1922 yang secara langsung menamatkan sistem pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah ini telah menafikan sebarang hak bangsa lain selain Turki.
Semasa era Khilafah Uthmaniyyah, bumi Uthmaniyyah ini tidak hanya didiami oleh orang berbangsa Turki, namun ia adalah sebuah “Devlet-i Aliyye Uthmaniyah” yang mempunyai rakyat yang berbagai bangsa, bahasa dan agama. Ia adalah sebuah kedaulatan yang menghormati dan meraikan perbezaan bangsa, bahasa dan agama seperti mana yang telah diajarkan oleh junjungan besar kita Rasullullah s.a.w dan juga dinyatakan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Hujarat : 13 :
(Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal)
Hal ini sudah diamalkan oleh Daulah Uthmaniyyah sejak ratusan tahun, hatta sejak Daulah ini ditubuhkan pada tahun 1299 lagi.
Namun apabila perjanjian “Sykes-Picot” pada tahun 1916 dilaksanakan semasa perang dunia pertama, kedaulatan yang mempunyai berbeza bangsa, ras kulit, bahasa dan agama ini mula dipecah-pecahkan mengikut kaum dan mulanya tertubuh Negara-negara bangsa yang membangkitkan ideologi nasionalism yang sempit. Umat manusia yang hidup bersama-sama dalam kepelbagaian dan keunikan ini mula dipecah-pecahkan mengikut bangsa dan bahasa mereka. Ruh surah Al-Hujarat ini mula dinafikan dan dilupakan, Umat islam tidak lagi bersatu atas pegangan aqidah, namun bersatu atas pegangan bangsa dan bahasa.
Namun tidak semua bangsa bernasib baik, bangsa seperti Kurdi, Ahiska, Rohingya, Moro, Pattani dan banyak lagi bangsa lain dinafikan hak tanah mereka. Bangsa-bangsa ini hilang tempat tinggal, hilang hak mereka untuk berbicara dalam bahasa mereka dan menjalani kehidupan harian mereka dalam budaya dan cara hidup mereka sendiri. Mereka seringkali berada dalam tekanan dan hidup dalam pelarian di tanah mereka sendiri. Bangsa-bangsa yang tidak bernasib baik ini, selepas hidup dalam tekanan pada satu tempoh masa mula meminta dan berjuang untuk mendapatkan wilayah autonomi mereka sendiri sepertimana bangsa lain yang sudah sekian lama menikmati kebebasan ini.
Bangsa-bangsa yang dinafikan hak mereka ini selalunya mendiami kawasan yang jauh dari pembangunan dan juga pendidikan, akses kepada maklumat dan berita semasa, menjadikan mereka terbuka kepada eksploitasi golongan berkepentingan. Sentimen perkauman dan dendam lama sering dimainkan. Modus operandi seperti ini sudah sekian lama digunakan di tempat-tempat lain yang mengalami situasi yang sama.
Di Turki, masyarakat Kurdi yang ditindas sekian lama sejak zaman penubuhan republik dieksploitasi kuasa antarabangsa seperti Israel, Amerika dan Rusia. Ini jelas apabila Amerika masih degil untuk menyenaraikan PKK (Partiya Karkerên Kurdistanê/Parti Buruh Kurdistan) atau proksi mereka di Syria YPG (Yekîneyên Parastina Gel/People Protection Party), PYD (Partiya Yekîtiya Demokrat/Democrate Union Party) sebagai kumpulan pengganas, sungguhpun mereka secara terang-terang mengaku bahawa mereka bertanggungjawab ke atas serangan-serangan letupan berani mati di Ankara dan Istanbul. Kedegilan ini bertolak titik dari pendirian Amerika yang mahu menjadikan YPG/PYD/PKK sebagai proksi mereka dalam mengekalkan kuasa mereka dan mengekang pengaruh ISIS di rantau ini. Campur tangan Amerika ini jelas dilihat daripada isu Laut Hitam yang masih belum selesai. Sehingga saat ini, senjata-senjata api masih dibekalkan oleh Amerika kepada puak pengganas ini , atas alasan agar “ melemahkan dan mengalahkan ISIS” seperti di katakan President Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Apa yang dialami oleh kepimpinan dan rakyat Turki pada saat ini adalah serangan keatas kedaulatannya, bukannya seperti revolusi yang berlaku di Syria, Iraq, Libya ataupun Mesir. Apa yang Turki perlukan pada saat ini adalah sokongan dari masyarakat dunia dan persepakatan dari masyarkat dunia dalam mengecam tindakan ini. Turki pada saat ini dicemburui pelbagai pihak luar seperti Amerika, Iran, Israel, Russia atas kejayaannya dalam pembangunan dan juga kemajuan yang dicapai Turki akhir-akhir ini.

kredit: Said Imaddudeen

Friday 18 March 2016

INDAHNYA PINTU HATI TERBUKA WALAUPUN SESAAT....

                                      
                                                              gambar sekadar hiasan


Tadi ketika waktu solat magrib..aku solat di surau di pasaraya angsana..,aku ambil wudhu..dan aku duduk menanti waktu magrib..,aku duduk sambil aku perhatikan orang kanan dan kiri aku ...,aku perhatikan bilal sedang menunggu waktu yang makin hampir....,7.17 waktu masuknya waktu magrib di sekitar bandaraya johor bahru..,bilal pun bangun untuk pedengarkan azan....,aku tundukan kepala untuk aku dengarkan laungan azan yang akan didengarkan..,ketika azan sedang dilaungkan...hati aku secara tibe2 sahaja seperti ada sesuatu aura yang datang ...dia datang menenangkan fikiran dan jasad aku...ya allah....rindunya aku rasa saat ini...,apakah yang kau hadirkan sebenarnya untuk hidup aku...banyak sebenarnya aku dah lakukan kesilapan dalam kehidupan aku selama ini...aku rindukan kehidupan yang pernah aku lalui ketenangan suatu ketika dahulu...,sesaat yang aku rasakan itu tadi adalah kehidupan yang aku pernah rasa suatu ketika dahulu....,tenangnya jiwa..tenangnya hati...,azan pun berhenti setelah selesai dilaungkan....,imam meluruskan saf makmum  untuk teruskan solat berjemaah..habis berjemaah...,aku pun berlalu pergi ....,aku jumpa seorang rakan.,aku menceritakan apa yang aku rasakan sebentar tadi...,dia kata pada aku....,NAS...itulah begitu indahnya bila pintu hati dah terbuka..,kau rasa seketika....,jika kau rasa selama

nya..pasti kau akan tahu erti sebenar pintu taubat,.

Thursday 17 March 2016

Bumi bagaikan DIBAKAR

gambar sekadar hiasan
Cuaca panas yang dirasai pada ketika ini adalah berpunca daripada fenomena El Nino kuat. El Nino merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap dalam tempoh dua hingga tujuh tahun.Keadaan cuaca panas ini boleh mencetuskan gelombang haba, iaitu situasi yang membawa risiko kesihatan hipetermia atau strok haba dan dehidrasi,petunjuk bagi paras ambang gelombang haba di negara ini adalah apabila suhu tertinggi harian sesuatu tempat mencapai 35 darjah Celsius untuk lima hari berturut-turut dan melebihi dua darjah Celcius daripada purata jangka panjang suhu maksimum.Paras ambang gelombang haba juga dikesan apabila suhu tertinggi harian mencapai atau melebihi 37 darjah Celcius untuk tempoh tiga hari berturut-turut bagi kawasan berkenaan,orang ramai dinasihati supaya mengehadkan aktiviti luar dan minum lebih banyak air dan merujuk kepada pakar kesihatan sekiranya mengalami masalah strok haba.Menurut laporan Jabatan Meteorologi pada 8 Mac lepas, cuaca panas berikutan fenomena El Nino yang dialami sekarang diramal kembali normal pada Jun

KREDIT :kuasa johor

Copyrighted.com Registered & Protected 
KLPW-6FTM-ZMDT-17CA

RAJA YANG PALING LAMA MEMERINTAH

Almarhum Sultan Ibrahim merupakan Sultan atau Raja yang memerintah (duduk di atas takhta) sesebuah negeri yang kedua paling lama dalam dunia. Ia itu selama 64 tahun (1895-1959). Raja/Ratu yang paling lama memerintah ialah
Queen Victoria England iaitu selama 69 tahun (1833-1902).

sumber: kuasa johor

Wednesday 16 March 2016

KISAH BENAR SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

gambar sekadar hiasan

SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

Ada beberapa tokoh misteri yang nama

mereka ‘hilang’ dalam lembaran sejarah perjuangan menentang penjajah di tanah air, ratusan tahun lalu. Walaupun kewujudan mereka suatu ketika dulu memberi sumbangan besar dan mencetuskan kegerunan di jiwa penjajah, kebanyakan tokoh ini tidak disebut dalam mana-mana dokumen sejarah.
Menyedari pentingnya sumbangan dan kewujudan pahlawan misteri itu didedahkan kepada khalayak untuk diiktiraf sejarah tanah air, ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Jelebu, Negeri Sembilan; Abdul Latip Talib, memulakan penyelidikan bagi membongkar rahsia kehilangan mereka.
“Antara tokoh terbabit adalah Si Bongkok Tanjung Puteri yang sehingga kini, sejarah perjuangannya masih tidak diketahui ramai pihak,” katanya yang menulis novel sejarah berkenaan pahlawan itu, tahun lalu.
Beliau berkata, tidak seperti tokoh pejuang lain seperti Datuk Bahaman di Pahang atau Rentap di Sarawak, sejarah negara ini tidak pernah mengenali siapa Si Bongkok yang berjuang menentang British dan sekutunya di Johor.
“Ceritanya bermula apabila British mula menjajah Singapura seterusnya cuba melebarkan pengaruh mereka ke Johor,” kata Abdul Latip seterusnya memulakan kisah perjuangan Si Bongkok Tanjung Puteri yang kini semakin hilang dalam lipatan sejarah negara.
Pernah suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British.
Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman.
Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru). Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British.
Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman, dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali.
Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Dinamakan dirinya sebagai ‘Si Bongkok’ berikutan keadaan tubuh badannya yang cacat iaitu bongkok ke kanan manakala tangan kirinya pula cengkung. Mukanya pula herot dan bengkak ke kanan.
Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam.
Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok.
Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut.
Kebenciannya terhadap penjajah dan pemimpin tempatan yang mengadakan hubungan dengan bangsa asing itu menyebabkan Si Bongkok bersama pengikutnya bangkit menentang.
Mereka akan menyerang kapal bangsa asing yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri atau Singapura. Tindakan itu menyebabkan British melabelkan mereka sebagai lanun.
Disebabkan serangan Si Bongkok dan pengikutnya, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot kerana kebanyakan pedagang asing tidak lagi berani memasuki wilayah itu.
Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada British menyebabkan bangsa asing itu mengarahkan Temenggung Abdul Rahman supaya menghapuskan kumpulan Si Bongkok.
Bagaimanapun, walau pelbagai cara digunakan untuk membunuh Si Bongkok, usaha itu tidak pernah berhasil kerana dipercayai tiada siapa yang mengetahui cara untuk mengatasi ilmu kebal yang dikuasai pahlawan itu.
Usaha mengekang serangan Si Bongkok terus diperketat dengan rondaan berterusan diadakan di perairan Selat Tebrau. Kerajaan Johor dan British juga semakin khuatir kerana angkatan laut Si Bongkok memiliki ubat bedil dan senjata api hasil rampasan kapal dagang Barat yang diserang mereka.
Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek meronda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok. Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perisiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor.
Rondaan kapal perang Panglima Johor akhirnya berjaya mengesan kedudukan kapal Si Bongkok. Mereka segera merapati kapal itu untuk menyerangnya.
Si Bongkok mengarahkan pengikutnya seramai lima puluh orang menyerang belas askar diraja itu. Pertempuran hebat berlaku di atas kapal, di tengah lautan.
Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam.
Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar. Angkatan perang Panglima Johor berjaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok berjaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.
Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan.
Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih. Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan.
Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alek, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok. Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dan Singapura.
Episod akhir perjuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalnya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor.
Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar.
Lirik lagu Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Inggeris label pemuda cacat sebagai pengganas.
“SELEPAS Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan.
“Kemudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahsia,” kata penulis novel Si Bongkok Tanjung Puteri, Abdul Latip Talib.
Beliau berkata, pengebumian itu dilakukan secara rahsia kemungkinan bagi mengelakkan Kerajaan Johor dan British mengambil jasad pahlawan yang sememangnya disokong penduduk tempatan.
Katanya, penduduk terbabit juga mungkin khuatir mereka akan ditahan pihak berkuasa kerana mengebumikan jasad Si Bongkok menyebabkan mereka tidak menghebohkan lokasi mayat itu ditanam.
Kini, pusara berkenaan terletak dalam hutan belukar di kaki bukit Tanjung Puteri dan pengunjung perlu meredah semak dan denai selama setengah jam untuk sampai di sana. Penduduk yang tidak biasa dengan keadaan hutan itu, pasti tersesat dan tidak menemui kubur pahlawan berkenaan.
Sebaik melihat pusara berkenaan pula, perasaan sayu dan pilu menjelma di jiwa tatkala melihat keadaannya yang terbiar tanpa ada usaha untuk memuliharanya. Pusara itu sekadar bernesankan sekeping papan yang sudah reput.
“Mengikut cerita penduduk tempatan, nesan itu diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara pahlawan berkenaan,” katanya.
Abdul Talib berkata, berdasarkan penemuan kubur berkenaan selain cerita mengenai Si Bongkok yang tersebar secara lisan sehingga hampir ke seluruh Johor sehingga kini, maka beliau yakin yang Si Bongkok sememangnya pernah wujud dan bukanlah cerita dongeng. Malah, namanya turut disebut dalam lagu rakyat Johor iaitu ‘Tanjung Puteri’.
Katanya, beliau mula menulis novel sejarah mengenai Si Bongkok sejak tahun lalu bagi memperbetulkan kembali ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadap pahlawan itu kononnya beliau adalah lanun dan bukannya pejuang menentang penjajah.
Selain itu, usaha membukukan kisah perjuangan Si Bongkok juga dibuat Abdul Latip bagi membolehkan cebisan sejarah lisan yang tersimpan dalam ingatan orang lama, tidak hilang ditelan masa seterusnya nama Si Bongkok akan dikenang melewati masa.
“Saya percaya ramai pejuang Melayu yang nama mereka hilang daripada lipatan sejarah negara kita dan Si Bongkok adalah seorang daripada pejuang itu; sejarah kita dulu ditulis British menyebabkan ramai pahlawan kita yang menentang mereka dianggap penderhaka dan nama mereka tidak dicatat dalam sejarah.
“Saya berharap supaya sejarah ini boleh diperbetulkan semula dan pihak terbabit perlu tampil mengiktiraf perjuangan Si Bongkok setaraf dengan nama pejuang lain seperti Tok Janggut, Dol Said dan sebagainya,” katanya.
Abdul Latip juga menggesa pihak berkuasa supaya memulihara pusara Si Bongkok sebagai satu daripada warisan peninggalan sejarah yang bukan saja dibanggakan rakyat Johor tetapi rakyat negara ini.

“Saya sendiri sudah pergi ke Tanjung Belungkur untuk melihat sendiri pusara Si Bongkok Tanjung Puteri, keadaannya amat menyedihkan kerana terbiar. Selepas 50 tahun kita merdeka, masihkah kita sependapat dengan penjajah yang melabelkan Si Bongkok itu lanun dan pengganas?” katanya.

SUMBER : FB kuasa johor

simbolik orang jawa dengan NASI AMBANG

Nasi ini disediakan oleh orang keturunan Jawa di sebelah Pantai Barat Malaysia semasa kenduri kendara seperti kenduri arwah (Tahlil) dan kenduri kesyukuran. Pada zaman dulu, nasi ini dimasukkan kedalam acuan atau besen sebelum dihidangkan. Dengan ini, nasi ini akan kenyal dan tak mudah bertabur. Yang menjadikan nasi Ambeng ini unik ialah lauk pauknya iaitu Tempe, Kerisik, Rempeyek, Serunding Kelapa, Mee atau Bihun goreng, ayam dan lain-lain juadah pembuka selera termasuk buah-buahan. Semuanya diletak di atas nasi yang berlapik daun pisang dan dulang.

Setiap hidangan adalah untuk 4 orang. Biasanya mereka adalah merupakan ketua setiap keluarga. Pada asalnya nasi ambeng ini tidak untuk dimakan. Ia sekadar dijamah untuk dirasa sahaja. Kemudian ia dibahagi empat dan dibungkus untuk dibawa pulang sebagai berkat (buah tangan) kepada keluarga yang menunggu di rumah. Simbolik dari penyediaan nasi ambeng adalah untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian majlis-majlis tersebut. Disamping itu pengamal nasi ambeng percaya amalan ini boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.

kredit: fb kuasa johor

Tuesday 15 March 2016

Gerhana Bulan Penumbra 23 march ini

Apa yang dimaksudkan dengan Gerhana Bulan Penumbra?
Umumnya, bayang-bayang Bumi di angkasa lepas akan mempunyai 2 bahagian. Satu bahagian yang gelap, yang dipanggil umbra. Sementara yang lagi satu dikenali sebagai penumbra.




Apabila orbit Bulan bergerak masuk tepat ke dalam umbra, dan keseluruhan jasad Bulan memasuki umbra, ia akan dikenali sebagai Gerhana Bulan Penuh.Apabila orbit Bulan bergerak sedikit senget dari kawasan umbra, dan hanya sebahagian sahaja jasad Bulan memasuki umbra, ia akan dikenali sebagai Gerhana Bulan Separa.Apabila orbit Bulan memasuki hanya di kawasan penumbra, dan keseluruhan atau sebahagian daripada jasad Bulan memasuki kawasan tersebut, ia akan dikenali sebagai Gerhana Bulan Penumbra.





Foto di atas (oleh Fred Espanak) merupakan contoh fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang berlaku pada tahun 2002. Ketika itu skala penumbral magnitud adalah 0.8862, maknanya ‘agak gelap,Untuk 23 Mac nanti, penumbral magnitud ialah 0.7747, maknanya tidaklah ‘segelap’ seperti di atas.

Pada jam berapakah fenomena ini boleh dilihat?

Di Malaysia, secara keseluruhannya kita tidak dapat lihat saat dan ketika Bulan mula-mula masuk ke dalam kawasan bayang-bayang penumbra.Hanya apabila Bulan berada pada ‘puncak gerhana’ iaitu titik ia berada paling ‘ke dalam’ dalam kawasan tersebut, barulah ia mula terbit di ufuk Timur.
Maknanya, untuk sepanjang tempoh gerhana 4 jam 15 minit, kita hanya berpeluang melihat separuh sahaja, iaitu bermula pada waktu kemuncak gerhana sehingga tamat.Jadual di bawah (dikira oleh timeanddate.com) menunjukkan waktu fasa-fasa utama Gerhana Bulan Penumbra.  Waktunya adalah SAMA untuk seluruh Malaysia (dan dunia).Yang membezakan antara satu bandar ke bandar yang lain ialah waktu Bulan terbit.

Gerhana Penumbra bermula           23 Mar, 5:39:31 PM        
Kemuncak gerhana                         23 Mar, 7:47:14 PM        
Gerhana Penumbra tamat               23 Mar, 9:54:53 PM        


Untuk dapatkan waktu Bulan terbit di lokasi masing-masing, boleh gunakan perisian simulasi langit yang banyak di internet atau di mobile. Anda juga boleh dapatkan menerusi link ini. Pastikan anda tukar nama bandar yang betul.Rajah-rajah di bawah menunjukkan pergerakan Bulan melalui 2 bulatan yang menandakan sempadan bayang-bayang Bumi. Bulatan yang kecil ialah kawasan bayang-bayang umbra, manakala bulatan yang besar ialah kawasan bayang-bayang penumbra.





Adakah kita boleh lihat sebarang perubahan pada Bulan?

Soalan ini agak tricky sikit. Disebabkan Bulan memasuki kawasan bayang-bayang penumbra, secara umumnya mata kita tidak mampu melihat sebarang perubahan kecerahan bulan.Sempadan bayang-bayang penumbra dengan kawasan di luar bayang-bayang bumi amat sukar untuk dibezakan.Foto dibawah menunjukkan sempadan kawasan bayang-bayang penumbra dan umbra, yang mana kita boleh lihat dengan jelasnya kawasan terang(penumbra) dan gelap (umbra). Malangnya untuk kali ini Bulan hanya lalu di kawasan penumbra yang tidak gelap.



Saat apabila Bulan mula bergerak masuk dari sempadan bayang-bayang penumbra (cerah) ke kawasan bayang-bayang umbra (gelap). Foto gerhana bulan penuh pada 10 Dis 2011 oleh Shahrin Ahmad


Nota penting. Jika anda perasan, selalunya setiap kali SELEPAS fenomena Gerhana Matahari, kita akan mengalami Gerhana Bulan. Ini adalah disebabkan kedudukan orbit Bulan pada waktu-waktu tersebut adalah tepat-tepat selari bersama Bumi dan Matahari.Selepas itu, sudut orbit Bulan akan kembali menjauhi dari titik ia bersilang dengan matahari, dan gerhana pun tak berlaku.Begitulah ia berulang-ulang.

Gerhana berkembar!

Saya berpendapat gerhana bulan penumbra merupakan satu fenomena yang sukar dilihat dengan jelas perubahan kecerahan bulan. Malah, ia kurang menarik untuk dicerap dan tidaklah se-dramatik seperti gerhana bulan separa atau gerhana bulan penuh.Namun, ada satu lagi fenomena menarik yang boleh kita cuba cerap menjelang tamatnya gerhana penumbra kali ini.Jika anda perhatikan rajah-rajah sebelum ini, di bahagian bawah Bulan, ada kelihatan sebutir bintang yang bernama Zaniah. Ia merupakan bintang berkecerahan sederhana sahaja. Tetapi yang menariknya ialah pada sekitar jam 9.30 malam, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan bintang Zaniah ini!

sumber: falak

Monday 14 March 2016

JIWANG kejap....

indahnya ku lihat wajahnya..tutur katanya melepasi jauh dari sudut hatiku...,dah lama tak kurasakan perasaan seperti ini...,ya allah..siapakah dia?adakah ia insan yang akan  berkongsi tulang rusuk denganku? ...adakah ia yang akan menjadi suri hati ku disaat nanti?...senyuman nya terhadap aku tadi,,memang benar2 buat aku seperti ada sesuatu yang selama ini aku cari....,ya benar aku pernah berpisah dengan seseorang kira kira 4 tahun yang lalu..,senyuman wanita tadi,.tutur katanya memang benar2 buat aku rindu pada saat kehidupan bertemankan seseorang yang mengikat hati aku pada suatu ketika dahulu.....,bukanya nak cantik ku idamkan...bukannya nak bersolek ku inginkan...bukannya nak bersosial ku impikan...,cukup lah sekadar seseorang yang sempurna sifatnya disisi allah...,cukuplah dengan apa yang pernah berlaku...,aku tahu susah aku nak berjumpa dengan seseorang seperti tadi.cuma aku tahu...aku tahu untuk aku terus berdoa agar ...apa yang aku inginkan diterima oleh sang pencipta.

TINGGINYA NILAI MAHKOTA JOHOR !!!!

NILAI MAHKOTA JOHOR

Akhbar The Gundagai Independent pada tahun 1898 melaporkan mahkota milik King of Portugal yang keseluruhannya dikelilingi permata bernilai £1,600,000.

Mahkota milik Queen Victoria pula yang dihias permata Rubi besar yang berkilau, permata Nilam besar dikelilingi 16 Nilam kecil, 8 hiasan permata Zamrud dan 4 permata Rubi bersaiz sederhana, 1,273 rose diamond beserta mutiara berbentuk buah pir serta 269 berlainan bentuk dikatakan bernilai £300,000.

Mahkota dan keseluruhan batu Berlian yang dikenakan pada pakaian rasmi Sultan Johor bernilai £2,500,000. Batu-batu permata yang tidak ternilai pada waktu itu disematkan di kolar baju, 'epaulet', 'girdle' dan 'cuff' berserta hulu dan mata pedang. Cincin dan 'bracelet' diperbuat daripada emas padu hampir tidak ternilai harganya.


Akhbar ini adalah warta akhbar yang diterbitkan di Gundagai, New South Wales, Australia sejak tahun 1898.

Sunday 13 March 2016

SULTANAH wanita Inggeris pertama DI MALAYSIA

Her Royal Highness Sultanah Helen Ibrahim, wanita Inggeris pertama menjadi SULTANAH.
Sultanah Helen dikatakan sebagai wanita barat pertama yang ditabalkan sebagai suri singahsana kesultanan Melayu. Beliau adalah Sultanah Johor yang merupakan isteri ketiga DYMM Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor Ke-2 Era Johor Moden. Helen binti Abdullah dilahirkan di Glasgow pada 21.12.1889 sebagai Helen Bartholomew. Helen telah berkahwin dengan Dr William Brockie Wilson seorang warga British yang dilahirkan di Malaya dan merupakan doktor peribadi kepada Sultan Ibrahim. Setelah suaminya meninggal dunia, beliau telah kembali semula ke Britain.
Pada satu ketika, Baginda Sultan Ibrahim meminta Helen yang berada di Britian untuk menjadi "mata dan telinga" baginda menjaga putera-putera baginda yang dihantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran. Baginda sering melawat putera-putera baginda dan disinilah timbulnya bibit-bibit cinta diantara mereka berdua. Hubungan Helen dan putera-putera baginda sangat rapat. Baginda telah mengambil keputusan untuk mengahwini Helen pada 1930 di Surrey. Setelah memeluk Islam beliau menggunakan nama Helen binti Abdullah dan telah ditabalkan pada 18.11.1931 dengan penuh adat istiadat Diraja Johor sebagai Sultanah Johor dengan gelaran Her Royal Highness Sultanah Helen Ibrahim. Walau bagaimanapun Jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditentukan oleh yang MAHA ESA. Setelah melayari kehidupan sebagai isteri kepada Sultan Ibrahim selama 10 tahun akhirnya beliau bercerai dengan cara baik dengan baginda.
Setelah bercerai dengan baginda, Helen kembali semula ke London. Sultan Ibrahim merupakan salah seorang Jutawan dan dermawan di dunia ketika itu dan dikatakan telah memberi banyak hadiah berupa barang kemas dari permata, zamrud dan berlian pada hari lahir Sultanah Helen dan ulangtahun perkahwinan mereka walaupun setelah mereka bercerai. Koleksi barang kemas Helen dikatakan sebagai yang terbaik didunia. Baginda merupakan seorang Sultan yang bertanggungjawab dimana baginda tetap menjaga kebajikan Helen walaupun telah bercerai dengan baginda. Wajah Sultan Ibrahim dan Sultanah Helan pernah diabadikan dalam stem kenang-kenangan sempena ulangtahun ke-5 perkahwinan mereka.


Sultan Ibrahim mangkat pada 08.05.1959 dan tidak meninggalkan sebarang zuriat bersama Helen. Tidak banyak yang mengetahui kehidupan Helen selepas berpisah dengan Sultan Ibrahim. Kali terakhir Helen diilihat pada 1960an dimana beliau dilihat turun dari sebuah Rolls Royce di Sauchiehall Street dan tiada kelihatan lagi selepas itu di khalayak ramai. Dari rekod yang diketahui beliau telah meninggal dunia dalam usia 88 tahun pada 13.08.1977 disebuah Rumah Jagaan atau Nursing Home di Surrey. Sehingga sekarang tidak diketahui dimana koleksi barang-barang kemas peningalan Helen disimpan.

Saturday 12 March 2016

Bahagia lah kamu wahai anak...

gambar sekadar hiasan
Saat si ayah berkata,

" Adalah saya ayahnya, wali kepada pengantin perempuan, Dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, pemeliharaan keselamatan, kasih sayang, cinta, pengorbanan dan perjuangan, serta tanggungjawab agama islam kepadamu sebagai suami yang sah, semoga diberkati Allah swt ke atas kamu dan orang dibawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu."

Maka dari itu, pasti bercucuran linangan air mata dari insan yang selama ini menjagamu, memeliharamu, mendidikmu dan menyayangimu. Can you imagine that?

Lelaki,

Penyerahan 'tanggungjawab' bukan bermaksud 'kau bebas' bermain dengan nafsu semata-mata walaupun si dia halal, tetapi penyerahan tanggungjawab ialah kau sedia cari makanan saat si dia lapar, kau sedia cari ubat saat si dia sakit, kau sedia cari duit saat dia perlukan duit, kau sedia jadi budak riang, saat si dia stress dengan masalah, kau sedia pujuk saat si dia merajuk, kau sedia pinjamkan bahu saat si dia menangis, kau sedia masak, basuh kain, kemas rumah, basuh pinggan dan lain-lain saat si dia berpantang dalam bersalin, kau sedia menahan lapar saat si dia perlukan kewangan untuk zuriatmu, kau sedia bangun malam saat si dia sakit menanggung perutnya yang memboyot, kau sedia membelai dengan penuh cinta saat si dia lemah tidak punya kekuatan untuk bersalin, kau sedia berikan motivasi saat dia futur, kau sedia balik awal ketika kerja untuk memastikan si dia sentiasa selamat tanpa diganggu orang jahat, kau sedia bimbing ilmu fardhu ain, dan ilmu-ilmu yang lainnya sehinggalah si dia benar-benar faham dan amal.

Pendek kata kau sedia untuk menjadi sahabat, murabbi, dan kekasih buat dia.

Kerana dia permata yang kau pilih. Maka kenapa perlu 'berhenti' walhal kau memilih jalan itu ? Kalau hendak berhenti kenapa perlu bermula ?
Bukankah setiap yang bermula ia perlu diakhiri ?

Ya, diakhiri dengan syurga dan redha Allah.

Buat seluruh bunga di luar sana,
Bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup? Bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung? Sakit bersalin berpantang? Realiti, anak mahu berjam-jam di pangkuan kita sampai badan menggigil lapar, dan lesu yang amat.

Remember, you are giving your life for your children. Kata mak saya, JANGAN MIMPI hendak makan, mandi dan tidur dengan aman selagi anak masih kecil. Sebab itu wahai wanita, jangan memberontak kalau mak ayah tak izin lagi untuk nikah. Mereka tahu tahap mana 'kemampuan' anak-anak mereka, mereka tahu kita belum siap sedia menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Bukan kerana mereka tak sayang kita. No. But kerana mereka sayang lah mereka berbuat demikian. Mereka risau dan risau kita menjadi isteri yang derhaka, yang mengabaikan hak dan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak.

Ingat, semua itu hanyalah kerana mak ayah ingin MENDIDIK KAMU bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH, sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba untuk hadapi susahnya liku kehidupan tanpa harapkan orang lain.

Kamu yang masih bujang,
Kalau kamu lihat semua yang indah-indah belaka. Itu hanyalah apa yang mereka perlihatkan kepada dunia. Hakikatnya, susah payah, perit air mata yang disembunyikan hanya Allah sahaja yang tahu. Kita hidup di alam realiti bukan fantasi. Again, realiti bukan mimpi atau ilusi. Jangan hanya berangan-angan yang indah belaka tanpa mahu MEMIKIRKAN amanah dan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan.

Alasan,
1. Sudah kenal lama
2. Elak maksiat

Tidak cukup untuk kahwin tergesa-gesa. Sebab jika gunakan alasan masa bujang kahwin awal untuk pelihara maruah, bagaimana kamu yakin akan menjaga maruah selepas nikah ?

Sebab itu untuk kahwin, perlu ilmu. Bukan nafsu melulu.

Ingat kawan-kawan, Imam Nawawi tidak sempat menikah kerana sibuk dengan ilmu. Beliau meninggal pada usia muda. Namun sumbangannya kepada dunia islam amat besar dan terlalu besar. Terutamanya dalam mazhab syafie, beliau juga merupakan seorang ulama mujtahid Tarjih.

Again, lelaki dan perempuan perlu ilmu.
Bukan ilmu yang perlu kamu.

Lelaki, biarlah khatam satu kitab bab nikah sebelum nikah. Sekurang-kurangnya kitab Muhimmah. Insya Allah cerdik rumah tangga.

Tidaklah terpampang di surat khabar, mahupun menjadi viral di fb berita-berita seperti suami menceraikan isteri dan menggangap lafaz cerainya adalah lafaz gurau dan sebagainya.


Wallahualam.

SUMBER:FB