Tuesday 8 March 2016

papa zola kekasih kebenaran

Papazola.png
Papa Zola adalah hero kepada Gopal dan juga Probe. Dia merupakan watak superhero yang terkenal yang mempunyai siri animasi dan permainan video sendiri. Dia dia bawa keluar dari permainan videonya apabila BoBoiBoy menang mengalahkan Probe dalam permainan video baru "Papa Zola 5 - Kebenaran di Lorong Kegelapan."Setelah dikeluarkan dari dunia permainan videonya, Papa Zola mula mencari mencari kerja dan akhirnya mendapat tempat sebagai guru matematik dan pendidikan jasmani di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Dia amat digemari oleh pelajar-pelajarnya.

Kuasa.
Tendangan Kematangan : Tendangan yang digunakan untuk menyerang musuh dengan serangan kematangan.
Kuasa Pembesaran : Membolehkan Papa Zola menjadi gergasi dengan mengikat pinggang kebenaran.
Rotan Keinsafan : Serangan rotan yang bertujuan untuk menginsafkan musuh.
Kuasa Tendangan Graviti : Tendangan yang diserang dengan menggunakan daya graviti.
Tendangan Kehenseman : Tendangan yang kuat untuk menyerang musuh.
Tingkatan Kuasa : Kuasa yang membolehkan Papa Zola meningkatkan kuasanya.
Pinggan Mangkuk Berapi : Mangkuk Berapi yang digunakan Papa Zola untuk mengalahkan musuh dalam dunia game.
Tendangan Kacak Berapi : Tendangan Papa Zola dalam dunia game untuk menyerang musuh

Rupa
Papa Zola memakai sut biru ala Superman, lengkap dengan topeng mata merah dan tali pinggang emas yang mempunyai lambang seakan pelekat kereta "P" pada kancingnya. Badannya sasa tetapi pinggangnya agak langsing hingga boleh menyebabkan tali pinggangnya terjatuh.

Perwatakan
Papa Zola terkenal dengan gaya adiwira "kebapaan". Tujuannya menjadi adiwira adalah untuk "menegakkan kebenaran". Dia juga menunjukkan kebijaksanaannya ketika melatih Gopal. Dia juga amat mementingkan kebenaran dan juga gemar sekali menggunakan perkataan "kebenaran" dalam apa jua keadaan.

Biar pun serius menjalankan tugas keperwiraan, perwatakannya tetap lawak di depan mata orang dan kelemahan utamanya ialah terlalu terburu-buru dan kurang membuat persediaan rapi untuk berdepan dengan musuh. Khususnya apabila mencabar Raksasa Tidur untuk bermain dam haji dalam.


Papa Zola nyata sekali menggemari matematik. Dalam Musim Pertama, dia menguji anak muridnya, Gopal dengan ujian matematik. Dalam Musim Kedua, setelah lama mencari pekerjaan, Papa Zola akhirnya menjadi guru Matematik yang gemar mengajukan soalan yang rumit di kelas 5 Jujur. Selain itu, Papa Zola turut menjadi guru Pendidikan Jasmani dan Pengadil Bola Sepak.

Trivia
Papa Zola berjaya mengeluarkan buku motivasi yang berjudul "1001 Sebab Gagal Temuduga" yang amat laris di pasaran.
Buku motivasi Papa Zola membongkar sebab-sebab kenapa ramai calon baru sahaja tamat unversiti gagal dalam temuduga mereka.
Selain Gopal, Probe juga adalah penggemar Papa Zola. Topi tidurnya mempunyai kepala Papa Zola yang digantung dia atasnya.
Papa Zola memberitahu pada 25 Februari 2013 (Tarikh dalam Musim 2, Episod 11), umurnya adalah 37 tahun 8 bulan 18 hari. Maka hari lahirnya adalah pada 7 Jun 1975.



No comments:

Post a Comment