Monday 29 February 2016

HIGHWAY PERAGUTTT


HIGHWAY SENAI DESARU….,banyak kes samun terjadi dikawasan higway ini..,jaga jaga ada yang mengekori..,ada yang memerhati,tiba tiba ada saja yang tak kena menyapa kenderaan anda…,anda melayan anda kena..anda biarkan..tindakan yang baik elak jiwa merana.mereka ada pelbagai cara untuk lakukanya…berikut adalah cara yang  “ POPULAR “ yang sering kali dilakukan terhadap mangsa-mangsa……JAGA-JAGA!!!

TAKTIK PERTAMA
Tiba2 ada yang baling telor..!! ok jangan naik kan wiper anda ketika cermin anda dibaling telor..,kerana dengan itu cermin anda akan jadi kabur,bila kabur anda akan berhenti...,bila anda berhenti...ada yang datang masa Itu anda jawab sendiriii...

TAKTIK KEDUA
Batu akan dibaling ke arah kereta anda ,bila terkena pada kereta anda,anda akan berhenti dan periksa apa yang berlaku..,,ketika itu si pembaling tadi keluar ,selepas itu...akan berlaku sesuatu yang tidak anda jangkakan.nasihat saya ,,jika anda berkeadaan sebegini,jangan hentikan kenderaan anda.,..teruskan perjalanan,berhenti ditempat yang selamat.

TAKTIK KETIGA
Pura pura kenderaan rosak ditepi jalan,jika ada yang menahan anda minta bantuan kerana kenderaan rosak ditepi jalan,saya nasihatkan jangan berhenti..,bukan kita tidak berperikemanusiaan untuk memberi pertolongan,tapi anda kena ingat...jika anda berhenti ketika itu lagi2 diwaktu malam yang lewat..90% mereka yang minta bantuan itu ada niat yang tidak baik terhadap anda.

TAKTIK KEEMPAT

Mengekori dari belakang dengan rapat.bagaimana nak mengenali apa tujuan dan niat mereka yang ikut anda dari belakang itu,adakah dia sememangnya nak teruskan perjalanan ataupun ada sesuatu niat yang tak baik pada anda,senang sahaja..ketika ia terus mengekori.anda bukak double signal...dan minima kan kelajuan kenderaan anda seolah olah nak berhenti.,jika ia benar nak teruskan perjalanan..dia akan memotong anda,jika dia ada niat tak baik.dia akan turut memperlahankan kenderaan dan berhenti,jika ia berhenti..pantaskan kaki anda untuk meningkatkan kelajuan,si penyamun itu takkan berani mengekori anda lagi kerana anda sudah tahu niat mereka.

No comments:

Post a Comment