Thursday 25 February 2016

GANJA HALAL

 Penggunaan ganja sebagai ‘ penenang’ dalam masalah stress dan tekanan hidup adalah satu alternatif yang diseru atas alasan yang dangkal, malahan amat merbahaya kepada kesihatan psikologi dan fizikal masyarakat umum.Negara- negara Barat yang membenarkan penggunaan ganja berleluasa hari ini juga semakin giat melakukan kajian dan menyiarkan artikel & jurnal hasil kajian mereka terhadap bahaya ‘marijuana’ yang telah melanda rakyat mereka, dengan tujuan memberi kesedaran dan mengurangkan masalah yang berakar umbi daripada salah guna ganja.Salah satunya adalah jurnal terbitan The New England Journal of Medicine 2014, hasil kajian yang dilakukan oleh beberapa orang doctor ke atas populasi rakyat mereka yang terlibat dalam penggunaan tegar ganja. Antara kesan buruk yang dibuktikan daripada kajian tersebut:

1- Terbukti menyebabkan masalah ketagihan yang mempengaruhi aspek kesihatan & sosial penagih
– Hampir separuh daripada pengguna ganja yang menhisap setiap hari akan mendapat ketagihan, dan 1 daripada 6 remaja yang terlibat dengan ganja akan ketagih
– Kajian yang dilakukan oleh National Survey on Drug Use & Health di England pada tahun 2012 sahaja telah menunjukkan 2.7 million rakyat yang berumur 12 tahun ke atas mengalami ketagihan pada ganja.

2- Membantutkan pada perkembangan otak dan minda
– mengurangkan dan melemahkan sesetengah sel otak yang mengawal perangai iaitu hippocampus dan prefrontal cortex ; mengakibatkan pengguna ganja mudah mengalami masalah untuk m enimbang tara baik buruk tingkah laku, kurang bersikap positif . Hasil kajian menunjukkan ini adalah antara penyumbang kepada masalah keruntuhan akhlak dan sosial di kalangan remaja dan pemuda yang terlibat dengan ganja.
– Mengurangkan perkembangan IQ bagi remaja dan juga bayi yang terdedah kepada ganja ketika dalam kandungan. Kajian juga mendapati ramai remaja yang terlibat dengan ganja mengalami kesukaran untuk menghabiskan persekolahan dan seterusnya menyumbang kepada keciciran daripada pembelajaran.

3- Penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya
– Ganja memberi kesan kepada sisstem koordinasi badan dan menurunkan tahap fokus dan kesedaran pengguna menyebabkan pengguna sukar untuk mengawal kenderaan ketika memandu.
– (Pengguna ganja menyumbang kepada kemalangan jalan raya 3-7% lebih daripada mereka yang tidak dibawah pengaruh sebarang dadah/ alcohol)

4- Menyumbang kepada ketagihan dadah yang lebih merbahaya
– Kesan daripada ganja yang menurunkan sejenis hormone natural dalam badan iaitu ‘dopamin’, Pengurangan hormone dopamin menyebabkan pengguna ganja mudah merasa tidak puas dan mahukan sesuatu yang lebih kuat untuk merangsang bahagian otak yang mengawal ‘satisfaction’ dan ketenangan.dalamjangka masa panjang ini akan menyebabkan kecenderungan untuk mengambil dadah-dadah jenis lain yang lebih kuat seperti morphine, cocaine malah menjurus kepada ketagihan alcohol.– Pengurangan hormone dopamine menyebabkan pengguna ganja mudah merasa tidak puas dan mahukan sesuatu yang lebih kuat untuk merangsang bahagian otak yang mengawal ‘satisfaction’ dan ketenangan. dalamjangka masa panjang ini akan menyebabkan kecenderungan untuk mengambil dadah-dadah jenis lain yang lebih kuat seperti morphine, cocaine malah menjurus kepada ketagihan alcohol.

5- ‘ Withdrawal syndrome’; kesan sampingan badan hasil daripada ketagihan
 – Apabila pengguna ganja berhenti mengambil ganja, mereka akan mengalami symptom-simptom khas kesan sampingan daripada kebergantungan tubuh badan mereka kepada ganja seperti resah, masalah sukar tidur, kurang konsentrasi dan masalah untuk belajar dan focus, meninggikan syahwat, pelupa dan sukar menghafal. Sungguh pun kedengaran seperti tidak serius, namun sebenarnya para doktor mengakui kaitan kesan ini yang membawa kepada pelbagai masalah sosial yang memberi kesan kepada pekerja, peningkatan kes jenayah seks dikalangan pengguna ganja, risiko kemalangan ketika memandu dan sebagainya.

6- Risiko mendapat penyakit mental
 – Penyalahgunaan ganja dibuktikan mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko untuk menhidap penyakit mental seperti kemurungan, ‘anxiety disorder’
– Meningkatkan risiko menghidap skizofrenia dan seringkali rawatan serta keseriusan penyakit mental akibat penyalahgunaan dadah adalah lebih teruk dan sukar untuk dirawat.

Kita hari ini telah didedahkan dengan pelbagai masalah yang kian meruncing, malah dilihatkan penghalalan ganja dari sudut undang-undang sebenarnya membuka ruang yang lebih besar kepada masalah kesihatan sosial.Belum selesai masalah peningkatan kes jangkitan kelamin, hiv hasil daripada peningkatan kes homoseksual, belum lagi bercerita tentang kes gugur dan pembuangan anak luar nikah., cukuplah apabila melihat pesakit kami datang dengan kemalangan yang teruk kerana mabuk, pesakit-pesakit mental yang berjuang untuk menyeimbangkan diri mereka dalam masyarakt, masalah kanak-kanak dan remaja yang dirujuk kepada pakar psikologi kanak-kanak kerana masalah sosial, tidak sanggup lagi untuk melihat pertambahan daripada golongan ini dalam masyarakat kita.
Banyak alternatif lain yang lebih sihat untuk dicadangkan kepada masyarakat bagi menangani tekanan hidup seperti bersenam, sembahyang, meditasi, pemakanan yang sihat dan gaya hidup sihat secara keseluruhannya.Pengambilan ubatan luar/ bahan tambahan seperti dadah dan ganja sebenarnya memberi kesan keseronokan dan ketenangan hanya dalam jangka masa pendek dan bukanlah cara penyelesaian terbaik.

No comments:

Post a Comment